Pai Nenas

on Jumaat, Mac 14, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Dah nak habis baru teringat nak snap pic

Petang-petam macam ni, aku saja merajinkan diri membakar pai memandangkan ada 3 biji nenas masak ranum. Daripada nenas tu rosak, elok juga aku buat jem nenas. Last aku buat jem nenas, masa sekolah rendah. Mama aku ajar buat jem. Ni kiranya kali ke 2 aku buat jem. Cara nak buat pun aku dah lupa jadi hentam la labu...

Kali pertama aku makan pai nenas ketika bercuti di Resort Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Sedapnya la pai tu. Itu la kali pertama dan terakhir aku makan pai yang sedap. Pai di McD pun tak boleh lawan dengan pai tu.

Untuk mengulangi memori silam (ceewah...), aku pun cuba la buat pai sendiri. Resepi sendiri la ni.. Ada juga cuba google Resepi Pai Nenas tapi rasa malas je nak buat bila tengok resepi yang pelbagai. Jadi aku buat la ikut citarasa sendiri. Di bawah ni aku ada sediakan resepi simple Pai Nenas.

Bahan-bahannya:

Filling
1/2 biji nenas
3 @ 7 sudu gula pasir (boleh kurang atau lebihkan ikut kemanisannya)
sedikit air
Sedikit tepung jagung (untuk memekatkannya)

Pai
2 @ 3 cawan tepung gamdum
sedikit minyak jagung/ matahari yang panas
sedikit air

Cara-caranya:
Buat intinya dulu. Kalau malas sangat, beli je jem nenas di kedai. Aku hiris nipis atau dadukan buah nenas tersebut dan masukkan ke dalam periuk beserta gula dan sedikit air. Kalau tengok nenas tu macam dah keluarkan jusnya, masukkan tepung jagung. Kalau sehingga semua bahan sebati dan pekat. Ketepikan.

Seterusnya, ayak tepung gandum terlebih dahulu. Mana tau ada batu kecil ke, ulat ke, kaboi ke...(tak tau kaboi tu apa?) Ala..binatang yang warna hitam macam dalam beras tu.

Masukkan minyak yang telah dipanaskan (betul-betul panas) ke dalam tepung tadi, masukkan sedikit garam dan sedikit air. Kalau nak masukkan telur pun boleh juga. Uli doh tersebut sehingga sebati dan sedikit kenyal supaya senang nak gelek (apa ya bahasa standard nya?) atas permukaan rata dan tidak melekat.

Apabila dah siap adun, uli dan leperkan supaya adunan tu tak tebal dan cepat masak. Aku buat bentuk bulat dan letakkan atas tudung periuk. Lupa nak ingatkan, Doh bahagi 2 bahagian untuk bawah dan atasnya. Bila dah dinipiskan, letak filling atau jem nenas tadi di atas lapisan bawah dan tutup adunan di bahagian atasnya.

Kalau nak cantik lagi, tekan atau kelimkan di bahagian tepi adunan dengan garfu. Bakar dengan suhu 200 darjah C, api atas dan bawah selama 40 minit lebih kurang.

Selamat mencuba.





Ranking: 5

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved