Pre Order Buku Jahitan Crochet Siri Satu.

on Isnin, Oktober 28, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Suka untuk aku war-warkan di sini, kalau-kalau ada yang berminat untuk order buku Jahitan Crochet Siri 1 seperti gambar di bawah ini.

Ini merupakan kali kedua aku buka PRE ORDER untuk buku kait ini setelah jualan pertama laris seperti pisang goreng panas.

Sebenarnya tak banyak buku kait/ crochet dalam Bahasa Melayu. Kalau tak silap akau, hanya ada 2 buah buku kait berbahasa Melayu, selebihnya berbahasa Indonesia dan paling popular dalam bahasa Jepun, Korea atau Cina. Paling banyak dalam Bahasa Inggeris.

Buku Jahitan Crochet ini adalah karangan Puan Lina A.R yang merupakan anak Malaysia sendiri.

Isi Kandungan Buku:

  1. Alatan yang diperlukan 
  2. Teknik Asas Kait Crochet 
  3. Mari Cuba Kait Crochet 
  4. Projek Mudah  
    • Crochet Bentuk Segitiga
    • Crochet Bentuk Bulat 
    • Crochet Bentk Hati 
    • Crochet Zig Zag 
    • Crochet Bentuk Pentagon 
    • Crochet Bunga dan Daun 
    • Crochet Granny Square 
    • Crochet Rama-Rama 
    • Crochet Riben 
    • Crochet Topi mudah saiz kecil
  5. Idea dan Inspirasi
  6. Informasi
Untuk makluman, buku ini berharga RM13 sahaja untuk Semenanjung Malaysia dan RM15 untuk Sabah dan Sarawak. Tapi kalau orang Sabah atau Sarawak beli dengan aku, aku bagi harga sama seperti Semenanjung. Harga buku tidak termasuk kos pos. Aku gunakan poslaju untuk Semenanjung RM7, RM10 untuk Sarawak dan RM11 untuk Sabah. 

Pre Order untuk buku Jahitan Crochet Siri 1 dibuka sehingga hari Jumaat ini, 25 Oktober. Sila lawati page www.facebook.com/izaarm untuk maklumat lanjut. Lebih mudah juga anda pm/inbox saya di page tersebut.

Pre Order Buku Jahitan Crochet

Anda yang betul-betul berminat boleh bank in bayaran sebelum atau pada hari Isnin, 28 Oktober. Jika tiada apa2 halangan, buku akan sampai pada awal bulan November samada minggu pertama atau minggu ke 2.

Sekian, harap maklum.
Ranking: 5

2 comments

17 Disember 2024 pada 3:08 PTG


The Sampin Premium 3D by Carlanisa
offers an exquisite selection of intricately designed sampins, crafted to elevate your traditional attire. Featuring luxurious 3D patterns and high-quality fabrics, this premium collection delivers elegance and sophistication for formal occasions, weddings, or festive celebrations. Carlanisa seamlessly blends tradition with modern craftsmanship, ensuring you make a lasting impression. Discover the perfect sampin to complement your wardrobe and embrace timeless heritage with a contemporary twist. Shop now to experience style and quality at its finest.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved