Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Tak ada idea untuk aku coretkan di sini sejak hari rabu lepas. Nak blogwalking pun tak ada semangat. Aku ada buat satu perkara tapi belum berjaya lagi. Sebab tu blog ni tak ber up date beberapa hari. Rasa sedikit tertekan apabila perkara yang dihajati belum terlaksana.
Nak minta tolong pada hubby pun, aku tengok dia pun sibuk dengan audit di office nya. Jadi terpaksa la aku lakukan seorang diri. Bagai nak pecah kepala memikirkan perkara ni. Sudah banyak kali juga aku cuba tapi belum berjaya.
Apabila tak berjaya, mula la aku nak minta tolong pada bapa mertuaku ataupun abang iparku. Mungkin mereka arif dalam bidang ini tapi hati aku selalu menegaskan bahawa aku mampu untuk buat sendiri, buktikan kemampuan diri, cuba untuk berdikari dan lakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.
Minggu ini akan aku cuba lagi untuk selesaikan sendiri perkara tersebut. Kalau tak berjaya juga, terpaksa lah aku minta tolong pada orang lain. Aku dah letih mencuba untuk beberapa hari lepas. Setiap kali tak berjaya, aku rasa macam nak keluar maraton atau joggaton beberapa round di taman perumahan ni.
Sudah banyak kali aku search tapi kebanyakkannya pergi sendiri tanpa melalui online. Kalau la dekat, segera boleh aku selesaikan.... Jika melalui online ni, tau-tau saja kan, langsung tak mesra pelanggan ditambah dengan laman yang sedang dinaiktaraf, kadang-kala buat sakit hati asyik berada di ruangan yang sama.
