Memaparkan catatan dengan label Handmade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Handmade. Papar semua catatan

Jubah Arab

on Khamis, November 13, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Sekarang ni aku ada hobi baru. Tempahan kait sudah habis jadi aku ambil peluang ini untuk belajar menjahit bergurukan internet/ pakcik google/ you tube/ pinterest dan sebagainya. Di mana boleh dapatkan ilmu, aku akan cuba belajar hanya dari rumah.

Ingat senang nak berguru face to face bila ada anak kecik? Jadi berusaha dari rumah. Asalkan ada minat dan kemahuan, semua boleh jadi.

Hasil yang aku pelajari dari blog. Jubah Arab untuk heroku, berusia 11 bulan.

 Jubah Arab dah siap

 Jubah dalam proses

 Model tak berbayar

Bakal Imam Muda

Bagi aku yang tak ada kemahiran formal dalam seni jahitan dan main redah sahaja, cara menyediakan jubah arab lebih mudah dari baju kurung. Hanya potong ikut ukuran tanpa potongan di bahu. Perlu sediakan bias untuk leher dan juga 2 keping untuk hujung lengan.

Jika ada yang nak try buat, boleh google Jubah Arab. Ada step by step diterangkan dan mudah faham. Kalau aku yang tak pernah jahit baju ni boleh buat, apatah lagi orang yang dah lama pegang mesin. Lagi-lagi la boleh buat, kacang je kan.

Tunggu next projek pulak...

Lunch Tote Bag

on Isnin, November 10, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Penghujung tahun 2014, muncul hobi baru. Nasib baik order barangan crochet sudah reda. Cuma tinggal yang order tanpa apa2 bayaran deposit sahaja. Senang saja. Kalau ada bayaran penuh atau deposit, cepat la barangnya siap sebab aku tak boleh pegang duit orang lama-lama.

Sebenarnya sudah lama aku menantikan saat-saat seperti ni. Ada masa terluang dan dapat hasilkan sesuatu untuk keluargaku. Ya la, sebelum ni tempahan kait tak putus-putus jadi tak ada masa nak buat untuk diri sendiri dan anak-anak. Wahh.. melalut sudah.

Cantik tak beg atas tu? Namanya lunch tote bag tapi aku buat untuk anakku isi kain telekung untuk dibawa ke sekolah. Buat dari lebihan kain cotton untuk sarung bantal. Dia pun suka.

Bila post di fb dan group, ada juga yang berkenan nak order. InsyaAllah, aku cuba buat ready made kalau ada masa. Beg ni cepat siap dari mengait yang ambil masa berhari-hari. Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh whatsapp/ pm/ sms/ we chat/ ig...apa lagi?email pun ok.

Bulan November agak sibuk, nak pindah rumah lagi...dan lagi...

D.I.Y Nursing Pillow

on Ahad, November 10, 2013

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Apa itu Nursing Pillow?
Nursing Pillow adalah bantal yang diperbuat daripada kekabu atau polyfiber khas untuk ibu-ibu mengusu atau mengandung. Tetapi kegunaannya tidak la terhad untuk ibu-ibu sahaja. Nursing Pillow juga boleh digunakan untuk meletakkan bayi ketika menyusu botol, untuk baring seperfi bantal-bantal biasa dan sebagainya.

Nursing Pillow dicipta khas untuk ibu yang menyusu supaya tangan ibu tidak lenguh kerana bantal tersebut membantu menyokong lengan ibu daripaga lenguh.

Pola Nursing Pollow

Aku google pola nursing pillow dan print keluar. Polanya ni memerlukan 4 keping kertas A4. Bila dah print, cantumkan pola tersebut, gamkan dan gunting lakarannya. Aku edit sikit supaya nursing pillow tu tak berbentuk C apabila digunting. Terpulang la pada diri masing-masing, nak buat supaya nampak lebih selesa apabila digunakan nanti.

 Gambar warna biru laut atas ni, Nursing Pillow yang telah siap di isi dengan kekabu. Aku beli kekabu 1kg berharga RM16. Dalam 1kg tu, boleh dapat 3 nursing pillow. Ok la kan, selesa sikit dari menggunakan polyfiber.

Nursing Pillow siap bersarung

Gambar atas ni pula, sarung Nursing Pillow yang telah siap dijahit. Maknanya, kena sediakan 2 helai kain untuk buat sarung dalam (berisi kekabu) dan sarung luar. Sarung luar ni boleh jahit zip ataupun butang di bahagian tepi atau bawahnya. Aku buat ringkas sahaja tanpan menggunakan zip atau butang.

Caranya, aku guntingkan dua lapis kain mengikut bentuk nursing pillow (bagi lebih sikit untuk jahit). Lapisan atas biarkan dulu di tepi. Lapisan bawah, aku gunting ditengahnya supaya menjadi 2 bahagian. Aku jahit bahagian yang aku gunting tu supaya berkedudukan selisih. Maksudnya, satu di atas menindih kain yang dibawah. Akhir sekali, baru cantumkan dan jahit di sekeliling sarung bantal. Maka, tak perlu lagi nak letak zip atau butang.

Bagi yang ada mesin jahit, boleh la cuba buat sendiri. Lebih jimat. Kalau nak beli yang dah siap, harganya dalam lingkungan RM60 ke RM80 bergantung pada material yang digunakan.

Ada yang berminat untuk buat tempahan? Boleh saja tapi bukan untuk tahun 2013 ni sebab aku akan bercuti mulai 16 November 2013 sehingga sekolah di buka. Nak balik bercuti di kampung, dan nak sambut ahli keluarga baru, InsyaAllah. Cahaya mata yang ke 3 bakal menyusul..

Urusan tempahan, bole hubungi aku di talian 017-5516307 atau pm di www.facebook.com/izaarm
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved