Khamis, November 22, 2012

Cardigan

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hampir seminggu sudah, aku berada di kampung dan mungkin akan terus di kampung sehingga pertengahan bulan 12. Walau bagaimanapun, benang tidak dilupakan. Aku angkut juga bawa balik ke kampung.

Usaha-usaha murni tetap diteruskan di kampung dan hasilnya....

Gambar kurang cantik sebab ambil guna handphone murah je. DSLR terlupa nak angkut bawa balik bersama (gara-gara benang punya pasal).

Cardigan ini aku buat untuk puteriku yang sulung (5 tahun). Teringin sangat nak pakai baju ala-ala vest gitu sampaikan aku tak sempat nak siapkan lengan cardigan tu.

Saiz asal cardigan tu pendek tetapi sengaja aku tambahkan pattern pineapple bewarna pink di bawahnya sekadar untuk menampakkan kelainan.

Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh hubungi aku atau sms di talian 0175516307.
Gown baby dalam proses...tunggu.....

15 ulasan:

  1. memang versi tak berlengan ye yang ni ?

    boleh tahan jugak dengan kombinasi warna camtu..

    BalasPadam
  2. @pipoq
    Ada lengannya cuma tak sempat nak siap lagi.

    BalasPadam
  3. Kena cari kamera digital kompak yang elok sedikit.

    BalasPadam
  4. ala ala cute nya
    rajin betul iza mengait

    BalasPadam
  5. Terbaik Kak Iza. Cantik bajunya.

    BalasPadam
  6. wah...mmg ada bakat besar pn iza kita ni..hebat!

    kita tunggu hasil lain pulak nanti =)

    BalasPadam
  7. Kak, kalau versi dewasa buat jugak tak?
    Dan berapa RM? :D

    BalasPadam
  8. @akubiomed
    Dah ada kamera compact tapi itu la, ada kemudahan, tak nak guna, semuanya tinggal kat rumah.

    BalasPadam
  9. @hafizmd
    Tak besar mana pun bakatnya, baru nak mengasah bakat..hehe..

    BalasPadam
  10. @Myra Jay
    Kalau nak, boleh la buat. Bagi contoh baju atau nak bentuk macam mana. Harganya bergantung pada pattern baju dan jenis benang.

    BalasPadam
  11. mak pandai buat. saya buat..tak pernahnya jadi..

    BalasPadam
  12. amik gambar biasa cantik juga design baju...cuba amik gmbr DSLR...mesti lagi cantik...

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini