Jumaat, Disember 03, 2010

Kisah Dua Puluh Dua Tahun Lalu

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Tanggal 3 Disember 1988 iaitu 22 tahun yang lalu, aku belum sempat mengenalinya dan masih belum puas ku merasai kasih sayangnya tetapi Allah lebih sayangkannya. Arwah abahku telah kembali ke Rahmatullah ketika aku berusia 6 tahun. Cepatnya masa berlalu.

Masih ku ingat suatu ketika dahulu....
Setiap hari, bila tibanya waktu pulang dari kerja, arwah abah akan membawa pulang satay, burger, buah durian, buah limau dan macam-macam makanan untuk kami sekeluarga. Apa sahaja yang aku sebut (tetapi bukan meminta), pasti akan dibelikan. Arwah abah juga membawa pulang seekor kucing dari Kem 305 Bukit Kayu Hitam padaku. Betapa gembiranya aku ketika itu kerana baru pertama kali aku mendapat seekor kucing yang comel diberi nama Boli. Aku bela Boli sejak kecil sehingga ke akhir hayatnya. Namun semua itu hanyalah kenangan masa lalu.


Ini la gambar arwah abah yang masih aku simpan hingga kini. Sebenarnya banyak gambar arwah terutamanya ketika bertugas bersama anggota-anggota tentera yang lain tapi semua gambar-gambar itu disimpan oleh kakak aku. Gambar ini aku jumpa ketika aku menyelongkar harta benda dalam almari 11 tahun yang lalu di rumah usang untuk mencari sijil lahir mama dan arwah abah kerana ketika itu aku ingin mengisi dan menghantar borang permohonan memasuki IPTA.

Tak dapat aku jangka berapakah usia arwah abahku ketika ini. Gambar ini ada pada lesen kereta motor pada tahun 1974 yang lalu. Mungkin gambar ini diambil sewaktu arwah abahku di alam remaja kerana di fikiranku ketika ini terbayang wajah arwah abahku (sebelum aku jadi anak yatim)23 tahun yang lalu berisi sikit dari gambar ni.

Mengikut sijil lahir yang aku simpan, arwah abahku lahir pada 16 April 1948. Bermakna kini berusia 62 tahun jika arwah abahku masih ada. Dah tua la kan. Entah macam mana rupa arwah abah jika berusia 62 tahun.

Semoga ruhnya dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh, sentiasa tenang dan damai di alam barzakh.
Al-Fatihah...

20 ulasan:

  1. Semoga rohnya dicucuri rahmat .. Al Fatihah

    BalasPadam
  2. semoga arwah berada bersama dgn org yg beriman.. amin

    BalasPadam
  3. ensem...juga abah kao ye...semoga rohnya ditempatkan bersama para shuhada...lebeh kurang umur sayalah(18/12/1948)

    BalasPadam
  4. Selalu-selalu doakan arwah supaya ditempatkan diantara orang-orang yag beriman. Doa anak ker arwah amat mustajab

    BalasPadam
  5. Amin.. Amin Ya Allah semoga roh dikalangan orang2 beriman~

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  6. salam..
    sedih baca kisah hang ni..
    anak yatim rupanya..semoga
    Allah tempatkan arwah ayah
    anda di sisi orang yyang beriman..
    Al-Fatihah...

    BalasPadam
  7. Semoga rohnya ditempat org2 beriman. amin..

    BalasPadam
  8. al-fatihah buat ayah iza..

    ayah saya mantan CO Inf 305 AW..

    BalasPadam
  9. sedih bila mengenang yang sudah tiada.. semoga rohnya di tempatkan bersama org2 yg beriman...

    BalasPadam
  10. arwah ayah saya pergi masa saya umur 5 tahun. saya faham apa yang azilas rasa.. sabar lah ye. semoga arwah ayah azilas aman di sana. al-fatihah.

    BalasPadam
  11. semoga roh ayah akak dicucuri rahmat. amin..

    Latest Entri :
    Senyum Itu Sedekah
    Bila Si Dia Bertanya

    BalasPadam
  12. Semoga rohnya dicucuri rahmat,,amin

    BalasPadam
  13. Alfatihah...semoga rohnya sentiasa dirahmati

    BalasPadam
  14. Alfatihah untuk arwah ayahmu dan abahku juga...

    BalasPadam
  15. @ASSOYFINGER67
    Terima kasih...Al-Fatihah..

    BalasPadam
  16. nostalgia gambar lama2 nie... alfatihah buat ayahnya...

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini