Selasa, Disember 07, 2010

Ingatkah Si Dia?

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Tanggal 7 Disember bersamaan 1 Muharam.
Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinanku yang ke 4. Alhamdulillah, dah empat tahun rupanya aku jadi isteri orang dan sudah 3 tahun bergelar ibu pada seorang anak. Terasa cepat masa berlalu. Aku rasa macam baru saja habis belajar. Moga-moga jodohku bersama suamiku terus berpanjangan hingga ke akhir hayatku, Ameennn...


Selalunya, my hubby tak pernah lupa untuk membeli kek. Mmmmmm....sedapnya. Oleh kerana entry ini auto publish, aku tidak tahu samada my hubby ingat atau tidak tarikh penting ini. Aku karang awal-awal entry ini takut tak sempat nak menulis.

Mengikut plan yang dirancang, hari ini (7 Disember) kami akan pergi berkelah di Teluk Batik, Lumut, Perak. Sebenarnya rancangan ke Teluk Batik sepatutnya pada 4 Disember (Sabtu lepas) tetapi ada kerja yang harus diselesaikan (kena standby), Sultan nak datang, maka tarikh tersebut postpone ke 1 Muharam (Cuti awal tahun Hijrah). Bab nak celebrate anniversary langsung tak di sentuh, dah terlupa ke atau saje nak buat supprise? Selamat bercuti...

20 ulasan:

  1. Ada ler suprise nyer tu.tungguuuu ... keh33

    Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 4. Semoga Jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  2. Salam maal hijrah 1432H..
    harapan semoga hijrah tahun
    ini lebih bermakna dari tahun
    tahun sebelumnya..
    TAHNIAH..semoga berkekalan
    rumahtangga kalian di limpahi
    rezeki dan rahmat Allah SWT

    BalasPadam
  3. tahniah...
    bila nak tambah sorang lagi? hehe

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut maal hijrah
    dan selamat ulang tahun perkahwinan..
    semoga berbahagia selalu..:)

    BalasPadam
  5. @wachak
    Mmg ada suprise pun.hehe...
    Terima kasih. Amenn...

    @zulkbo
    Salam Maal Hijrah.
    InsyaAllah, terima kasih

    @zaryl
    Terima kasih.
    Sorang lagi???
    InsyaAllah, 3-4 tahun lg kot.hehe..

    @LiFe KaMi
    Terima kasih.
    InsyaAllah.

    @Zikri Husaini
    Terima kasih..

    @yaya.
    Thanks yaya..

    BalasPadam
  6. Tanniah menyambut ulang tahun. Moga-moga makin bahagia hendaknya :-)

    BalasPadam
  7. salam maal hijrah dan selamat ulangtahun azilas

    semoga hubungan itu akan terus berkekalan, insyaAllah

    BalasPadam
  8. selamat ulang tahun perkahwinan...semoga ceria di samping keluarga tercinta

    BalasPadam
  9. Wah terbaik sekali, hari ulangtahun jatuh pada awal muharam ni, semoga terus di berkati selamanya

    BalasPadam
  10. Salam Maal Hijrah Iza..

    pasangan bahagia..syukur alhamdullilah...:)

    teluk batik saay pergi sekali jer dulu, tapi mmg best..pantai ye chantek, chalet2 pun menarik jer...

    selamat bercuti yer...semoga berbahagia selalu Iza :) Amin

    BalasPadam
  11. tahniah n hepi aniverseri: hapi alwiz
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  12. Happy anniversary Iza..ingat agaknya tu Iza..saja bagi surprise..hehe

    BalasPadam
  13. apa agaknya surprise ye..
    heheee

    BalasPadam
  14. hepi eniverseri dan selamat bercuti.

    Kalau isteri aku mmg tak reti nak tunggu surprise. Kalau besday dia tu nak jugak 12tgh malam masuk tarikhnya tu aku kena wish dan kasik hadiah terus. Pernah aku nak surprise makan malam. Masa lucnh dia dah muncung2 buat muka seposen x puas hati. Hehe.. Sama jugak kalau anniversary mcm tu la dia.

    Bagi aku, insyaAllah aku x lupa sebab aku mmg set dlm reminder henpon. Isteri aku ja tak yakin ngan aku. Haha...

    BalasPadam
  15. mesti suprise yg sangat2 bermakna :)

    BalasPadam
  16. @akubiomed
    @mijie
    @Nadia Abdullah
    @miZz_nizZ
    Terima kasih semua atas doa kalian.

    @etomyam
    Ya..
    Sekali dalam setahun.rasa terlalu bermakna pulak anniversary tahun ni..

    @Nine
    Terima kasih nine.
    Teluk batik memang cantik sampaikan nak parking kereta pun susah, terlalu ramai orang.

    @ASSOYFINGER67
    @nur
    @bluedianthus
    Terima kasih..

    @mie
    entah, suprise la...

    @Anwar Osman
    Terima kasih.
    Hehe...biasa la,pompuan. Aku pun kadang2 suka juga merajuk kalau org tu buat2 lupa, padahal sengaja nk buat suprise.

    Bukan dia tak yakin kot cuma ur wife nak hubby dia alert segera kot..

    @Amirez
    Yup...

    @

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini