Isnin, Ogos 02, 2010

Buatmu Kakak.

Salam...

Aku belum pernah menceritakan tentang adik-beradikku. Oleh kerana hari ini adalah hari yang amat bermakna bagi dirinya, biarlah aku menglamourkan dirinya sekejap. Aku adalah adik kepada seorang kakak, tak lebih dan tak kurang.

Apa yang tak lebih dan apa yang tak kurang?
Sebenarnya mamaku hanya mempunyai aku dan kakakku....Aku hanya mempunyai seorang kakak, tak ada abang, tak ada adik....Sunyinya hidup tapi masa kecik-kecil tak pernah berbaik. Kata pepatah, bagai anjing dengan kucing, tak boleh jumpa asyik nak bergaduh. Tapi itu dulu....


Dari kiri (Belakang) : Abang Zam (Abang ipar) dan Kakak
Depan: Nurul Farhanah, Muhammad Fauzan dan Muhammad Farhan
Bayi: Nurul Fatini (Tiada dalam gambar)

Kakak,
Kini kina telah berjauhan....
Punya keluarga sendiri....
Punya tanggungjawab sendiri....
Namun, aku masih merindui saat kita kecil dahulu....
Walaupun kita sering bergaduh, ketahuilah bahawa aku amat menyayangimu, merinduimu kerana hanya kita berdua permata hati mama...

Sayangku tak pernah terucap,
Rinduku tak pernah terungkap,
Tapi jauh di sudut hatiku aku terlalu merindui masa-masa lalu kita bersama.

Hari ini....
mungkinkah aku orang yang pertama mengucapkannya?

Selamat Hari Lahir Kakak....
Moga panjang umur dan murah rezeki....

9 ulasan:

  1. salam..
    alahai mudanya kakak anda..
    selamat hari lahir kak..
    moga di panjangkan usia
    murah rezeki..sihat tubuh badan

    BalasPadam
  2. alooo...sweetnyer...epy bdY utk kakak juga!

    BalasPadam
  3. happy bday juge utk kakak sis iza :)

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir tuk kak ko, Iza.
    Moga dipanjangkan usia di
    samping dianugerahkan kesihatan
    yg sempurna serta dimurahkan rejeki :)

    BalasPadam
  5. sedihnya.. smpi xleh berhubung ke..

    BalasPadam
  6. @zulkbo
    Muda ke? lagi beberapa tahun nk masuk 40-an....mmmmm, awet muda kot.
    InsyaAllah, Aminnn....

    @echah mashuri
    Terima kasih..... :)

    @TTT
    Terima kasih atas ucapan.

    @wachak
    Terima kasih la ye...Amin utk beliau.

    @diraja22
    Berhubung jgk tp tak selalu la....skrg ni kan dah moden.hikhik....time balik kg dan raya je boleh jumpa....

    BalasPadam
  7. Salam,
    owh, 2 orang adik-beradik saja rupanya.. kami ramai, 10 orang... :D
    tapi xpa lah kan.. sekarang ni pun dah ada keluarga sendiri..

    nak ambil kesempatan ucap selamat ulang tahun kelahiran untuk kakak iza, moga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan semuanya..

    BalasPadam
  8. kecil sunyi dah besar ni mesti meriah kan

    BalasPadam
  9. @Sharinginfoz
    Betul...betul...meriah dgn anak2 pulak bila dah ramai2.

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini