Selasa, September 17, 2013

Resepi Ais Krim Oreo Mudah

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Pagi-pagi ni bersemangat untuk buat ais krim. Sebenarnya dah lama nak buat cuma bahan-bahannya tak cukup jadi kena postpone dulu. 



Resepi ni diambil dari Buku Resepi Facebook. Mudah sahaja cara membuatnya.

Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
2 sudu besar ovallet
2 sudu besar milo (boleh juga gantikan dengan beberapa keping biskut oreo)
Coklat rise (untuk hiasan)

Caranya...
Blender semua bahan di atas sehingga gebu kecuali coklat rise. Masukkan dalam bekas dan taburkan coklat rise. Mengikut resepi asal, coklat rise tu di tabur setelah beberapa ketika adunan sejuk. Tapi malas dah dak buat kerja banyak kali jadi, aku taburkan terus sebelum disejukkan..

Selamat mencuba..

10 ulasan:

  1. wah senangnya... just blend je yer...

    thanx 4 sharing ;)

    BalasPadam
  2. blend terus sejukkan aje ye? takyah didihkan ke apa ke??

    BalasPadam
  3. Wow ! menarik ni .... ia nampak hebat ... cuma ovallet tu amenda tu ? .... dari ku lahir sampai sekarang tak pernah dengan benda tu ....

    BalasPadam
  4. Pasti sedap ni...sesiapa pun boleh cuba buat.

    BalasPadam
  5. Askm, Mendoakan puan dalam keadaan sihat sejahtera, amiin

    BalasPadam
  6. @Ummi Hanie Fadzil

    Ya, blend je. Tak payah masak lagi dah. Nak sedap lagi, tambah la apa2 perisa yang disukai..

    BalasPadam
  7. @Pesona SH
    Tak perlu masak lagi dah..masukkan terus dalam peti sejuk..

    BalasPadam
  8. @Benjy Bloggerman
    Ala..dekat supermarket pun ada rasanya. Cari tempat jual bahan2 buat kek/ kuih. Di kedai kek pun ada jual. Benda tu warna kuning keemasan. Ovallet ni la yang akan menggebukan ais krim tersebut...

    BalasPadam
  9. @kamil salleh
    Ya...mudah untuk sediakan, cuma perlu ada bahan-bahannya la..

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini