Khamis, Mac 14, 2013

Crochet Kopiah.

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Tiga jenis kopiah berjaya dikait. Aku saja-saja kait kopian kosong untuk hubby, kait kopiah GAZA tempahan pelanggan dari Terengganu dan kait kopiah bercorak untuk kanak-kanak.

 Kopiah biasa

Kopiah GAZA

Kopiah bercorak belum ambil gambar lagi jadi tak ada di sini. Kopiah GAZA telah memberi idea kepada pengait-pengait tanah air untuk menghasilkan pelbagai produk seperti headband, tote bag, keychain, pencil case, mafla, turbun dan sebagainya berasaskan 4 warna GAZA iaitu gabungan hitam, putih, hijau dan merah.

Untuk makluman, harga kopiah dewasa RM25 manakala kopiah kanak-kanak RM20 tanpa ada nama. Jika kopiah bernama atau bercorak, tambahan sebanyak RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kopiah akan siap dalam masa tiga (3) hari jika tiada apa-apa halangan. 

Penghantaran menggunakan pos laju RM6 atau pos daftar RM3 untuk Semenanjung Malaysia, bergantung pada permintaan pelanggan.



8 ulasan:

  1. Bila lihat kopiah ini teringat akan kopiah pemberian arwah datuk saudara.

    BalasPadam
  2. Hai... menarik blog ni. Jadikan hobi sebagai sumber kewangan tambahan. Silalah jengah benang-benang di www.myyarnscollection.blogspot.com. Mana tahu ada yang berminat.

    BalasPadam
  3. Kak .. nak tanya . Akak guna benang jenis apa ya nak kait tu semua ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan kopiah guna benang nona. Tapi kalau ada customer nak selesa, boleh guna benang cotton indonesia tapi mahal sikit harganya

      Padam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini