Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Projek crochet yang sudah lama tertangguh dan hampir siap. Kali ini baby dress/baby gown muncul dengan gabungan antara benang kait dan kain ela.
Dalam perancangan aku, nak buat 2 versi iaitu baju tangan sangkut atau tanpa lengan macam di bawah ini dan baju yang mempunyai lengan pendek (projek masih belum dimulakan).
Gambar kurang memuaskan.
Sebenarnya gown ini belum siap sepenuhnya. Aku belum jahit butang kiri dan kanan dan belum kait 2 kuntum bunga untuk diletakkan berdekatan butang kiri dan kanan baju tersebut. Jika ada pelanggan yang tak suka bunga, boleh digantikan dengan ribbon kecil di situ.
Gown ini menggunakan benang local dan kain cotton viscos untuk bayi berusia antara 1 tahun dan ke atas. Untuk umur yang kurang dari 1 tahun, boleh bagi ukuran lilitan dada dan pinggul supaya baju tu boleh melepasi dada dan pinggul bayi.
Harga.
Pasti ada yang bertanyakan harganya. Jika Cardigan Dewasa, harganya mencecah RM130 dan ke atas, baju untuk kanak-kanak murah sedikit dari itu.
Benang Local (Benang Jenama Nona, Minlon atau Ondori)
1 tahun = RM45
2 tahun = RM50
3 tahun = RM55
Benang Import (Cotton Indon/ Benang Rajut, Acrylic jenama Venus/ Knitting dan sebagainya)
1 tahun = RM70
2 tahun = RM75
3 tahun = RM80
Jika menggunakan benang jenama Alize, harganya berbeza dan mahal sedikit dari harga di atas. Sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di sini atau melalui contact form di menu bar.
Jika berminat untuk menempah, sila hubungi/pm saya di facebook Iza Arm Crochet atau Iza Arm atau sms di talian 0175516307. Bayaran deposit minimum RM10.

makin aktif mengait nampaknya
BalasPadamtahniah dan selamat maju jaya
salam..
BalasPadamermmm..cantik dan menarik
x nk buat butik ker?..khas utk baby ker..ade potensi tu..
BalasPadamhebat...nampak sempurna, cantik...ada kedai butik ker mana-mana ker?
BalasPadam@Norizwan
BalasPadamTerima kasih.
Tak ada la, jual online je.
@tehr
BalasPadamYa, makin hari, makin jatuh cinta dgn benang kait..
@Zulkbo zulkboCom
BalasPadamW'salam.
Terima kasih..
@JebengOtai™
BalasPadamBelum ada modal nak buka butik..hehe..
Nak jual online je la senang, tak payah nak sewa2 tapak/kedai.