Sinopsis Filem Cun.

on Selasa, Mei 10, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Sekarang ni banyak filem best ditayangkan di pawagam. Namun, aku hanya menunggu DVD keluar untuk menonton filem tersebut samada pinjam atau beli sendiri. Seumur hidup, hanya sekali pernah masuk pawagam bersama my hubby, itu pun sebab anak ikut tok ayahnya balik kampung. Bila dah ada tv LCD dan set home theater kat rumah, buat apa lagi nak bersesak-sesak di pawagam kan? Lagipun aku kurang berminat menonton tv melainkan ada cerita seronok.



Walaupun cerita ni dah basi, aku baru saja tengok sebab my hubby kata ceritanya memang seronok tambah-tambah lagi bercakap dalam loghat utagha.

Filem Cun dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom/ Kuntum Renjong), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).

Luna Latisya merupakan seorang pengacara rancangan Meletops dan bercinta dengan Ryan Hidayat iaitu seorang pelakon. Luna dan krewnya ingin membuat kejutan hari lahir Ryan. Namun Ryan ditangkap berkhalwat dengan artis baru, Siti Senjakala. Kecewa dengan kejadian tersebut, Luna ingin larikan diri jauh dari kota dan tempatnya adalah di kampung pembantu peribadinya iaitu Tom di Utara Semenanjung.

Perjalanan mereka terkandas di tengah-tengah sawah padi dan mereka terpaksa bermalam di dalam kereta hingga hari siang. Esoknya Atan (sepupu Tom) menemui mereka dan membawa pulang ke rumah Atan. Luna dapat menyesuaikan dirinya di kampung setelah beberapa hari bermalam di situ dan meminta izin untuk tinggal lebih lama lagi. Adik Atan, Manis iaitu gadis "istimewa" sangat sukakan Luna. Atan dan Luna semakin rapat walaupun sering bercanggah pendapat.

Akibat cemburukan Luna yang rapat dengan Atan, Eton gebu dan Bedah Tonggek menghubungi krew Meletops mengkhabarkan tentang keberadaan Luna di kampung tersebut. Luna terpaksa kembali ke Kuala Lumpur setelah Atan menghalaunya kerana menyangka Luna menyembunyikan pertunangannya dengan Ryan. Luna kembali menjadi pengacara apabila mengingatkan kontraknya masih ada lagi 3 tahun.

Suatu hati, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya tanpa pengetahuan Luna. Atan bersetuju. Mereka bertolak ke Kuala Lumpur menaiki lori Atan. Rancangan yang disiarkan secara langsung mengundang Atan untuk naik ke pestas dan ditemukan dengan Luna serta Ryan. Atan rasa dirinya seperti dipermainkan dan segera berangkat pulang ke kampung. Nak tau cerita selanjutnya, beli la DVD atau cari kat youtube.
Ranking: 5

6 comments

10 Mei 2011 pada 5:39 PTG

dah tengok!!1 memang besh!... hehhe thumbs up :D

10 Mei 2011 pada 10:25 PTG

lama x tgk filem melayu :)

10 Mei 2011 pada 10:45 PTG

dah dua kali tengok movie cerita nih..
pastu keluar cd..terus beli... dh byk kali tgk...tetap best

11 Mei 2011 pada 12:20 PG

salam kenai tuan rumah , saya follow sini ...tak tengok ni lago sama lah tunggu cd keluar je tk pernah g pawagan dn tk selesa ...

11 Mei 2011 pada 10:51 PG

@aque
Betul3x

@sop
Ya ka?

@cik fa
excited ni..hehe..

@puanbee
Salam kenai, terima kasih.
Betul tu..

14 Mei 2011 pada 11:58 PTG

semalam baru tgk kat youtube..best juga cerita dia...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved