Khamis, November 11, 2010

Ku Masih Punya Harapan.

Salam 1 Dunia...


pinjam gambar pak cik google

Nampak kucing ni tersenyum kan? Begitu juga di dalam hatiku. Tidak dapat ku gambarkan kegembiraanku pada petang ini.

Kisahnya bermula begini...
Petang tadi aku bertandang ke rumah jiran merangkap sepupu suamiku.Baru beberapa saat aku duduk, handphone ku berbunyi dan kelihatan tertulis "Rumakku"

"Rumahku...???"
Jantungku terus berdegup kencang lantas bibirku terukir sebuah senyuman yang hanya aku yang tahu maksud senyuman tersebut. Serentak itu juga aku ingin menjerit keriangan tetapi ku bimbang dikatakan buang tabiat kerana tetiba saja jadi seronok sorang-sorang. Tetapi hatiku tetap berbunga-bunga. Hanya aku yang tahu perasaanku ketika itu.

My hubby call menggunakan telefon rumah. Bukan bermaksud aku gembira sebab my hubby call dan bukan juga aku tidak gembira. Selalunya dia akan call sehari dua atau tiga kali menggunakan handphonenya. Kiranya 2 dalam 1 la ni. Dah sebulan lebih wifi berehat, akhirnya hari ni dia dah memulakan tugas-tugasnya.

"Rumahku" bermaksud....tidak lain dan tidak bukan adalah telefon rumah yang dah boleh digunakan. Jika telefon rumah sudah boleh digunakan, ini bermakna Wifi juga sudah boleh digunakan. Maka aku masih boleh bloging lagi. Aku rindu nak guna wifi di rumahku sendiri. Dah rindu sangat-sangat dah ni. Sukanya....

Alhamdulillah. Tak sabar rasanya aku nak balik ke Perak. Semangatku dah mula berkobar-kobar dalam hati. Aku dah terlebih ceria sangat berbanding minggu-minggu sebelum ini. Harapnya biarlah tiada siapa yang perasan dengan keceriaan di wajahku kini.

Aku juga berharap agar aku dapat tidur nyenyak malam ini. Bimbang juga aku tidur tak lena sebab teringatkan Wifi kat Perak. Ketika ini aku masih lagi di Perlis. Entah bila agaknya aku akan sampai ke Kedah.

19 ulasan:

  1. Jgn ngigau nk balik perak sudah ... ha33

    BalasPadam
  2. salam..
    alahai sayang nya hubby
    akan berusaha untuk mengembirakan
    isteri tercinta..ceewahhh..la la la

    BalasPadam
  3. wah...dpt wifi kembali...boleh kembali aktif..;)

    BalasPadam
  4. hehe ada wifi rupanya..
    pasni ni bole le update blog selalu..
    tahniah..:)

    BalasPadam
  5. my sis dah kembali.. nie yang bertambah semangat nak berblog... akak.. teman menanti entry2 akak.. hehehe

    BalasPadam
  6. @wachak
    hehe...

    @zulkbo
    W'salam..
    Hmmm...mcm tu la...

    @black_mel
    InsyaAllah.

    @LiFe KaMi
    InsyaAllah, harap2 idea kembali bertandang. Terima kasih..

    @Zairie Husin
    Ye ke?
    InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. betul tu jangan termimpi2 kan perak ya

    BalasPadam
  8. @Sharinginfoz
    InsyaAllah, tak kot.hehe...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah sudah boleh aktif seperti biasa selepas ni :D

    BalasPadam
  10. nampaknya lepas ni boleh blogging sakan la ye

    BalasPadam
  11. waa..ni mesti ble time tido iza asik sebut perak! perak! hehe.. =)

    BalasPadam
  12. @dinoBiz
    a'a...begitu la nampaknya...

    @eiela
    yup....

    @Notami
    A'a...sebut dlm hati je.hehe...

    BalasPadam
  13. salam,
    happy tu telefon & wifi dah okey.. lepas ni boleh update blog dari rumah di Perak

    BalasPadam
  14. @kulanz
    W'salam..
    Mesti la...dah lama sgt menyepi.
    InsyaAllah, nanti rajin la up date bila dah balik Perak.

    BalasPadam
  15. wah2..full time blogging la nampak gayanya lepas ni..best3

    BalasPadam
  16. @syahril hafiz
    InsyaAllah kalau tiada halangan.

    BalasPadam
  17. Hehe...blogging sudah sebati dalam diri tu Iza.. :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini