Jumaat, November 26, 2010

Buah Jering Punya Cerita

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Suatu hari di kampung…
Ketika aku bersiar-siar menikmati sepoi angin petang, aku terjumpa pokok jering yang jarang dijumpai sekarang. Pasti ada antara kita yang tidak pernah melihat pokok tersebut kerana aku sendiri yang berasal dari kampung pun tidak pernah melihatnya.

Pinjam dari pakcik google.

Aku terus minta kebenaran tuan empunya pokok untuk mengambil gambar dan mengutip buah yang luruh terbiar tanpa diusik. Seorang wanita tua membenarkan aku untuk berbuat demikian kerana tiada siapa peduli akan kewujudan pokok tersebut.

Kenapa aku ingin memungut buah itu sedangkan aku sendiri tidak memakannya? Sebenarnya aku suka sangat memungut buah, mengutip sayur atau apa sahaja hasil bumi.
Keesokkannya aku kembali semula ke rumah tersebut membawa bakul besar yang diletakkan di belakang basikal untuk memuatkan buah jering tersebut. Aku terus mengutip buah yang gugur kerana kebenaran telah diperolehi pada hari sebelumnya.
Aku terus leka mengutip buah tersebut.

Tiba-tiba, ketika bakul tersebut hampir penuh, aku dihampiri seorang gadis muda yang kelihatan agak bengis wajahnya. Tanpa ku kenali, dengan kata-kata yang amat kasar, dia terus menyindir-nyindir aku dan melarang untuk memungut buah tersebut. Menurutnya lagi, esok akan ada pemberita akan datang untuk menemuramah dan mengambil gambar. Kalau aku dah pungut licin, apa lagi yang akan tinggal untuk penggambaran tersebut?

Hatiku bermonolog sendiri. Betulkah begitu? Kenapa tetiba saja? Persoalan yang tiada jawapan. Dari riak wajahnya, aku dapat agak yang dia berbohong padaku. Arghh....lantak dia lah tapi ini pokok dia ke? Siapa pula wanita tua yang memberi kebenaran padaku kelmarin? Siapa nak jawab soalan ni?

Oleh kerana bakul pun dah penuh, aku terus mengayuh basikal untukku bawa pulang buah tersebut. Sesampainya aku sekerat jalan, aku merasa seperti diekori dari jauh. Apabila aku menoleh, sah tekaanku. Ada dua wanita mengejar aku dari belakang dengan berbasikal. Gadis tadi dan seorang lagi wanita yang agak berumur. Ketika mereka menghampiri basikalku, aku telah dilemparkan lumpur berkali-kali dan mereka mengayuh basikal dengan lajunya mendahuluiku namun tidak ku pedulikan.

Belum sempat aku menamatkan cerita tersebut,alarms handphone ku tiba-tiba berbunyi dan aku terus terjaga dari tidur. Sudah subuh rupanya...Kenapalah tetiba aku termimpikan buah jering, kalau termimpikan petai, kan sedap...

27 ulasan:

  1. rajin nya dia kutip buah.. hehe

    BalasPadam
  2. mimpi rupanye.. ingatkan betul tadi.. hehehe.. kalo kat kampung akak ni jering memang laku..
    biasenye jering ni dorang masak

    -dipotong nipis2, goreng, kemudian buat sambal cili api campur dgn ikan bilis yg telah digoreng.

    -ada yg rebus hingga empuk.. kemudian dimasak lemak cili api..

    BalasPadam
  3. owh jering...rasanya tak seenak petai..aku blm penah mimpikannya lagi...huhu..

    BalasPadam
  4. Teratak usang ?? leh masuk x nie ?? :P..
    btw, salam blogwalking :)..

    BalasPadam
  5. pelik mimpi ni.. lebih pelik dari mimpikan ben.. :)

    BalasPadam
  6. salam
    alamak mimpi rupanya ingatkan kisah benar hehe

    BalasPadam
  7. haha..kak iza..rindu dengan buah jering yer sampai mimpi-mimpi..

    BalasPadam
  8. xcited jer baca tapi bila sampai dekat budak muka bengis tu dah dapat agak dah ... ha33. sebelum tidor basuh kaki der ... keh33

    BalasPadam
  9. fuyoo!!!
    boleh termimpi2 buah jering...

    BalasPadam
  10. rumah kat kg aku ada sepokok..huhu..buah putat pernah makan tak..buat ulam..huhu

    BalasPadam
  11. suspen tul..siap kena kejar..den pon pelik..apakah?? mimpi rupenya he3

    BalasPadam
  12. err...ta jmpe shout box.. haha.. tQ sudi mlawat... btw, nice entri.. :D

    BalasPadam
  13. @zairie Husin
    A'a...rajin sgt2..hehe..

    @NoRMie
    Oooo, masak mcm sambal petai ke?
    Kalau kat kg selalunya kupas dan makan mcm tu je dgn sambal belacan...

    @p@kcikLie
    betul3x...petai lg sedap kan?

    @Muhamad Nor @ Mamat @ Putra
    Boleh....masih kukuh lagi walaupun dah terlalu usang...
    Thanks sudi singgah

    @cikgu isza
    @etomyam
    hehe..

    @abgreds
    Takde nye rindu...bukan pernah mkn pun buah tu....

    @wachak
    Baik tuan!!!
    Aku selalu basuh kaki siap baca doa lg tiap2 mlm.....kes terlupa kot..hehe..

    @mie
    Fuyoo...dah lama tak nampak ko....ke mana menghilang? ke aku yg terlepas pandang?hehe..

    @ASSOYFINGER67
    Ya ka? aku tak pernah tgk lg pokoknya...buah putat tu pernah la tgk tp aku tak pernah mkn.

    @Yana
    Sama la kita..

    @Nadia Abdullah
    hehehe...

    @. . . h u s n a . . .
    cbox kat bawah sekali..huhu...tak abis loading lg kot...

    BalasPadam
  14. huhuh termimpi rupanya..
    buah jering, sop x suka makan.. tp dulu suka juga dgn buah jering rebus..

    BalasPadam
  15. hahahahahahahahaha cett mimpi rupanya, saspen jugak aku bile ko cakap "siapa plak orang tua yg membenarkan semalam".. keh3

    BalasPadam
  16. ekekeeee ... mimpi ye! Maknanya rezeki masyuk tu! heheeee

    BalasPadam
  17. salam..
    awat la hang tak buat
    jerin semai,buat sambai sedap
    apakan daya hanya dalam mimpi..he he

    BalasPadam
  18. kalau dah dihidangkan.. makan jer.. hehe...

    BalasPadam
  19. @sop
    ya ka? pernah gigit sikit masa kecik2 dulu, tetiba rasa di lidah tak ilang2...

    @padin
    hehe...test suspen

    @Precious
    Ya ka? Alhamdulillah, aminnn....

    @zulkbo
    W'salam...
    Jerin semai? apa tu? tak pernah dgr pun...

    @Zikri Husaini
    Ooo, gitu ek? pernah mkn la ni...

    BalasPadam
  20. isk...Ellen dah kena..hahaha..bestnya cerita ni sis..i like...

    BalasPadam
  21. @Ellen
    hehe...tak terniat nak kenakan sesiapa....hehe..
    thanks....

    BalasPadam
  22. Tak makan buah jering tapi selalu tolong petik tapi takde sampai panjat pokok baling dengan dahan kayu :-)

    BalasPadam
  23. @akubiomed
    Ya ka?
    maksudnya pokok tu rendah la ek?
    senang la nak luruh ye...

    BalasPadam
  24. tak suka jering. suka petai oren aje.

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini