Selasa, November 02, 2010

Banjir Di Depan Rumah (Perlis)

Salam 1 Malaysia.

Jom main air bah (Banjir)
Hari ini merupakan hari kedua banjir di Abi Kubang Badak, Perlis. Ramai yang telah berpindah ke tempat selamat cuma kami sekeluarga sahaja masih bertahan sebab rumah mertuaku hanya ada air di luar rumah sahaja. Rumah jiran-jiran sudah dinaiki air.

Sekolah Menengah Kebangsaan Abi Kubang Badak menjadi tempat mangsa banjir berkampung. Alhamdulillah, rumah mertuaku masih tinggi.

Hari ini kebanyakkan permis perniagaan, sekolah, agensi kerajaan mahupun swasta menghentikan sementara operasi perkhidmatan sehingga keadaan benar-benar pulih seperti sedia kala.

Jom layan video dari aku...hehe
Khas dari Teratak Usang.





Inilah suasana di depan rumah mertuaku. Best juga ada di kampung, boleh main air banjir. Dah lama tak merasa main air banjir. Sekali sekala nak bermain. Ketika ini aku masih belum jumpa lintah.

Jom kita main ayaq bah....


11 ulasan:

  1. salam..
    jom main bah..
    alahai..banjir merimaskan

    BalasPadam
  2. terkejut!! ingatkan kubang badak pasir mas,,huhu,,hehe,,

    BalasPadam
  3. nampak macam best je adik tuh main banjir. siap peace lagi =)

    BalasPadam
  4. pergh dahsyat dah macam sungai..
    ni pas raya haji nak blk kuala nerang sampai abis pantang macam mana..huhu

    BalasPadam
  5. @zulkbo
    W'salam...
    Ya la, bekalan makanan pun terputus.makan apa yg ada je sbb semua permis perniagaan ditutup. Kenderaan pun tak dapat nk bergerak.

    @iszieylyanziy
    Owh, sana pun ada kubang badak jgk ek?hehe...

    @LiFe KaMi
    Kali ni mmg teruk dari tahun sebelumnya sbb rumah yg tak pernah naik air pun dah terkena.

    BalasPadam
  6. masa kecik2 dulu merasa juga main banjir kat KL. dua hari baru surut. Sekarang ni pun merasa gak, banjir kilat ... hu33

    BalasPadam
  7. banjir kali memang mmg teruk ckit kan... hm... tp bukan slallu men air.. hehe

    BalasPadam
  8. @wachak
    hehe...bahaya tu...

    @Sharinginfoz
    Ya la...

    @Zairie Husin
    A'a teruk dari tahun lepas...

    BalasPadam
  9. salam,
    sekarang ni sana-sini dah musim banjir.. kena lebih berjaga-jaga ni

    BalasPadam
  10. @kulanz
    W'salam...
    betul..betul..

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini