Selasa, September 07, 2010

Selamat Ulangtahun Ke 3.

Salam...

Tanggal 7 Septeber 2007, genap 3 tahun anakku, Syarizatul Safiya Bt. Syamirul Amry dilahirkan. Terasa baru sekejap melahirkan, sekarang dah 3 tahun rupanya. Kesian dia, setiap hari, setiap masa dan setiap ketika bermain sorang-sorang tanpa kehadiran adik.

Beruntungnya orang yang berani, boleh dapat ramai anak. Aku masih fobia dengan pengalaman lalu hinggakan aku takut untuk mengandung lagi. Terima kasih pada my hubby kerana memahami. Mungkin pengalaman menjalani pembedahan membuang hempedu setahun yang lalu menyebabkan my hubby memahami betapa sakitnya saat melahirkan. Seronok tengok kawan-kawan yang kahwin lewat dari aku sudah menimang 2,3 orang anak (setahun seorang). Murah rezeki ada ramai anak.

Sambutan hari lahir anakku mungkin akan di bawa ke 25 September (hari lahir aku) memandangkan tarikh lahirnya jatuh dalam bulan puasa. Tambahan lagi masa ini kami sibuk bersiap-siap untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya puasa, InsyaAllah.

Doaku moga anakku menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu dan abah, menjadi anak yang bijak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi kini dan selamanya untuk dunia dan akhirat. Amin....


Berusia sehari


Berusia 4 bulan.


Berusia 8 bulan.


Berusia 2 tahun


Berusia 2 tahun 7 bulan.

~Tiada gambar terbaru~


12 ulasan:

  1. Selamat Hari Lahir untuk dia...waahh..dah tiga tahun..dah besar dh dia..

    BalasPadam
  2. Rasanya ni first time kuar blog pic
    anak ko ni. cute like her mother ... hik33

    ~ Semoga Syarizatul Safiya di
    murahkan rezeki, di beri kesihatan
    yang baik di panjangkan usia dan
    menjadi anak yang solehah. amin

    BalasPadam
  3. Jangan serik iza..setiap kelahiran tu berbeza pengalamannya! Hepi besday ye bebeh..semoga menjadi anak yg solehah!

    BalasPadam
  4. @black_mel
    A'a..dah besar dah....hehe.

    @wachak
    Thanks...hehe..tgk la, anak sapa? Aminnn...

    @Lagenda
    Ya ka? InsyaAllah la kalau mcm tu tgk la di tahun2 akan datang..hehe..

    BalasPadam
  5. wah.. comeynyer..
    selamat ari jadi buat syarizatul safiya.. moge panjang umo.. murah rezeki.. dan menjadi anak yang solehah.. muahh..

    BalasPadam
  6. Salam,
    wah dah besar dah.. selamat menyambut ulang tahun.. moga jadi anak yang solehah..

    BalasPadam
  7. Comelnyer anak kamu.. pakcik & Makcik ucapkan Happy besday ,Semoga Syarizatul Safiya Bt. Syamirul Amry menjadi anak yang taat pada ibu bapa yer...

    BalasPadam
  8. semoga anak anda sihat sentiasa dan menjadi insan yang berguna.. hehe.. comel betul dia ye.. :)

    BalasPadam
  9. selamat hari lahir..sori 4 late wish..anyway we r virgo he3..

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini