Assalamualaikum pada semua.

Setiap hari minum ais batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Selamat hari Sabtu.
Pagi-pagi makan burger,
Makan dengan anak pak Mahad,
Ada program apa wahai para blogger,
Hari ini hari Ahad.
Belayar sampai ke Pulau Dudor,
Bukan itu angan-angan Mat Jenin,
Kenapa engkau masih tidur?
Office tutup ke hari Isnin.
Pakai baju butang suasa,
Membuatkan badan nampak perkasa,
Makanlah puas-puas nanti dah nak puasa,
Selamat menyambut hari Selasa.
Kain selimut kain gebar,
Dibeli dari kedai Mat Sabu,
Kukuhkan iman banyakkan bersabar,
Puasa mungkin hari Rabu.
Sudahkah anda tunaikan solat,
Solat wajib hanya 2 rakaat,
Bukan apa, cuma nak ingat,
Jangan lupa hari Jumaat.
huuhu...pntun2 ceriakan suasana:)
BalasPadamnak pantun gak tapi xde idea..huhu
BalasPadamtangkap ikan, si ikan keli..
BalasPadammasak sambal cili api..
da lame tak bace pantun begini..
sesekali bace sonang ati..
hihihi...
Salam
BalasPadamNak pantun jugalah boleh?
Naik tangga satu-satu
bawa beg dud-dua
wat pa hr sabtu
tengah bw ka..
pantun bodo
@echah mashuri
BalasPadamMana pantun echah?
@faiz
Laa...ya ka?
@normie
Bawa kereta sopan santun,
Pergi shopping di Sungai Petani,
Terima kasih datang berpantun,
Sekadar menghibur tetamu di sini.
@S..U..D..@..I..S
W'salam...
Boleh je.
Buang seluaq pakai kain,
Bawak pukat dengan jala,
Memang dah tak dak kerja lain,
Apa lagi, bw je la.
Pantun jgk tu....hehe.
akak, kimie here..ingat x??alah yg bila akak komen je kat blog saya then keluar tabs tah pape tah..dh repair dah..mekasih banyak.. ;)pantun akak kreatif la..
BalasPadamkak, sbnrnya nak ajak akak baca post kimie pasal Penah kena carut tak?, jenguk2 ya..nak supporter je.. ;")
nak pantun juga..
BalasPadamsepandai2 tupai melompat..
pantun anda memang hebat..
dr karam singh..
aku tak kira.. nak pantun jgk ni...
BalasPadamjalan jalan ke rumah Hamdan..
singgah jap gi umah Iwan..
selamat menyambut bulan ramadhan..
dtg ni nak tambah ilmu pengetahuan..
ok tak cik kak nie berpantun..
muahaha... i like..
@Kimie Hashim
BalasPadamIsh..ish..ish...Kimie ni, macam la ada ramai Kimie kat dunia blog ni. Kimie sorang je tau, mesti la ingat.
Terima kasih....jom la berpantun sama. Blog dah ok ke? nanti akak terjah.
@LiFe KaMi
Dauh inai daun selasih,
Terima kasih...
@normie
Silakan....
Dari Yan ke Tanjung Jaga,
Sepanjang jalan ramai yang berniaga.
Selamat berpuasa juga
Silakanlah, ilmu di sini percuma sahaja.
Ok la tu....pandai akak ni berpantun.
wah, menarik pantun puasa ni.. tapi aku tak dapat balas dengan pantun.. tak pandai :D
BalasPadam@kulanz
BalasPadamhehe.....tak mengapa. Kunjungan dan tinggalkan komen pun dah buatkan aku gembira.
pantun cewah, pantun stylo ni,
BalasPadamberbakat besar rupanya iza.
@zackpantai
BalasPadamStylo ke?hehe...
Sekali sekala boleh la karang pantung gila2...
haii,bye bye..
Padam