Sabtu, Ogos 07, 2010

Pantun Hari Hari.

Buah delima buah kurma,
Assalamualaikum pada semua.



Setiap hari minum ais batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Selamat hari Sabtu.

Pagi-pagi makan burger,
Makan dengan anak pak Mahad,
Ada program apa wahai para blogger,
Hari ini hari Ahad.

Belayar sampai ke Pulau Dudor,
Bukan itu angan-angan Mat Jenin,
Kenapa engkau masih tidur?
Office tutup ke hari Isnin.

Pakai baju butang suasa,
Membuatkan badan nampak perkasa,
Makanlah puas-puas nanti dah nak puasa,
Selamat menyambut hari Selasa.

Kain selimut kain gebar,
Dibeli dari kedai Mat Sabu,
Kukuhkan iman banyakkan bersabar,
Puasa mungkin hari Rabu.

Sudahkah anda tunaikan solat,
Solat wajib hanya 2 rakaat,
Bukan apa, cuma nak ingat,
Jangan lupa hari Jumaat.

14 ulasan:

  1. huuhu...pntun2 ceriakan suasana:)

    BalasPadam
  2. nak pantun gak tapi xde idea..huhu

    BalasPadam
  3. tangkap ikan, si ikan keli..
    masak sambal cili api..
    da lame tak bace pantun begini..
    sesekali bace sonang ati..
    hihihi...

    BalasPadam
  4. Salam
    Nak pantun jugalah boleh?

    Naik tangga satu-satu
    bawa beg dud-dua
    wat pa hr sabtu
    tengah bw ka..

    pantun bodo

    BalasPadam
  5. @echah mashuri
    Mana pantun echah?

    @faiz
    Laa...ya ka?

    @normie
    Bawa kereta sopan santun,
    Pergi shopping di Sungai Petani,
    Terima kasih datang berpantun,
    Sekadar menghibur tetamu di sini.

    @S..U..D..@..I..S
    W'salam...
    Boleh je.

    Buang seluaq pakai kain,
    Bawak pukat dengan jala,
    Memang dah tak dak kerja lain,
    Apa lagi, bw je la.

    Pantun jgk tu....hehe.

    BalasPadam
  6. akak, kimie here..ingat x??alah yg bila akak komen je kat blog saya then keluar tabs tah pape tah..dh repair dah..mekasih banyak.. ;)pantun akak kreatif la..
    kak, sbnrnya nak ajak akak baca post kimie pasal Penah kena carut tak?, jenguk2 ya..nak supporter je.. ;")

    BalasPadam
  7. nak pantun juga..

    sepandai2 tupai melompat..
    pantun anda memang hebat..

    dr karam singh..

    BalasPadam
  8. aku tak kira.. nak pantun jgk ni...

    jalan jalan ke rumah Hamdan..
    singgah jap gi umah Iwan..
    selamat menyambut bulan ramadhan..
    dtg ni nak tambah ilmu pengetahuan..

    ok tak cik kak nie berpantun..
    muahaha... i like..

    BalasPadam
  9. @Kimie Hashim
    Ish..ish..ish...Kimie ni, macam la ada ramai Kimie kat dunia blog ni. Kimie sorang je tau, mesti la ingat.
    Terima kasih....jom la berpantun sama. Blog dah ok ke? nanti akak terjah.

    @LiFe KaMi
    Dauh inai daun selasih,
    Terima kasih...

    @normie
    Silakan....

    Dari Yan ke Tanjung Jaga,
    Sepanjang jalan ramai yang berniaga.
    Selamat berpuasa juga
    Silakanlah, ilmu di sini percuma sahaja.

    Ok la tu....pandai akak ni berpantun.

    BalasPadam
  10. wah, menarik pantun puasa ni.. tapi aku tak dapat balas dengan pantun.. tak pandai :D

    BalasPadam
  11. @kulanz
    hehe.....tak mengapa. Kunjungan dan tinggalkan komen pun dah buatkan aku gembira.

    BalasPadam
  12. pantun cewah, pantun stylo ni,
    berbakat besar rupanya iza.

    BalasPadam
  13. @zackpantai
    Stylo ke?hehe...
    Sekali sekala boleh la karang pantung gila2...

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini