Rabu, Ogos 25, 2010

Minuman Ringan Beralkohol.

Salam...

Perhatian pada semua ibu bapa! Awasi anak anda. Dengan keadaan dunia yang serba maju, pelbagai perkara telah wujud dan menimbulkan kebimbangan bagi umat Islam. Adakah kita telah diserang atau dijajah secara senyap-senyap untuk melemahkan umat Islam? Tanpa kita sedari, itulah hakikat yang perlu kita terima. Hari ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan.


CAP

Aku sebagai pengguna menyokong penuh gesaan pengharaman ini kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa minuman tersebut haram untuk diminum bagi umat Islam. Minuman tersebut didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan dijual secara meluas di pasaraya dan kedai 24 jam.

"Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak sedangkan kandungan alkohol 5.5 peratus itu adalah tinggi dan tidak wajar dijual kepada kanak-kanak," SM Mohamed Idris (Presiden CAP) berkata pada sidang akhbar di Georgetown.

Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan. CAP juga menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan anak mereka mula menggemari minuman ringan beralkohol itu.
Sebagai pengguna Islam, kita seharusnya lebih peka dan mengawasi anak-anak kita sebaik mungkin dari dikaburi dengan pelbagai produk menarik yang meragukan dan haram di sisi agama. Mungkin inilah cabaran yang terpaksa kita terima dan hadapi dalam dunia globalisasi kini.

11 ulasan:

  1. sekarang dah menular la minuman camtu
    pelik betul.. dekat masjid pun dijualnya lepas terawih...

    BalasPadam
  2. Salam Iza..
    banyak jenama pelik2 dan murah
    minuman di jual sekarang..berhati2 lah..tiada yang murah melainkan pembuatannya menggunakan cara singkat dan pasti memudaratkan...

    BalasPadam
  3. Dalam diam kita dijajah. Sepatutnya
    logo haram dikuatkuasakan pada
    sesuatu barangan tapi di M'sia
    terbalik. Barangan halal di suruh
    letak tanda / logo. Lepas tu nak
    dapatkan tanda / logo halal kena
    bayar riban-riban. Kan dah
    menyusahkan org yang mengeluarkan
    produk halal.

    BalasPadam
  4. good. pernah keluarkan entry ni dulu kat blog lama. bulan 12 2009 rasanya. dan sampai sekarang orang masih komen ttg ni. ada lagi yang tak faham.

    BalasPadam
  5. Majoriti area penang kan non-Muslim.. Sebab tu kena banyak berhati-hati... Kadang-kadang kita tak sedar..


    MyToha.com : Hidup Seorang Blogger

    BalasPadam
  6. @Syafrizal
    Ya ka? Bahaya ni...
    Nauzubillah...harap2 tiada orang Islam yang minum....

    @zulkbo
    W'salam...
    Insyaallah...akan sentiasa berwaspada.

    @wachak
    A'a...betul..betul..Namanya saja agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia tapi hakikatnya dimanipulasi oleh org luar. Kalau orang Melayu Islam buat apa2, pasti ada bantahan dan penindasan. Tak boleh nak ulas panjang2, nanti tak pasal2 kena saman.

    @Donha
    Oooo, rasanya pernah baca dulu ttg hal ni...tp sampai skrg macam tak ada apa2 tindakan.

    @g3n
    Produk ni mungkin juga di pasaran seluruh Malaysia. Jadi jangan ambil mudah walaupun tidak berada di Penang. Apa2 pun, sentiasa berwaspadalah kerana kita tidak tahu kemungkinan di hari depan.

    BalasPadam
  7. sentiasa berwaspada dengan produk haram ni..

    BalasPadam
  8. @diraja22
    ya...berwaspadalah.

    BalasPadam
  9. salam...
    sekarang nie ada pel bagai cara orang nak menyesatkan kita.....

    BalasPadam
  10. Macam-macam masalah kita ni, dlm minuman ringan juga ada E110... (lemak babi)

    BalasPadam
  11. @alizan75
    W'salam..
    Ya betul tu..

    @muss
    Nauzubillah, tanpa kita sedari, makanan dan minuman kita tercemar dgn unsur2 haram..

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini