Rabu, Ogos 04, 2010

Aku Menang RM250,000.00???

Salam...

Sekarang ni aku tengah rajin untuk menulis. Setiap hari pasti ada satu entry. Alhamdulillah...Kalau sindrom malas mula menyerang, pasti berminggu-minggu teratak ini bersawang. Tapi semalas-malas aku, aku masih rajin membalas jejak yang ditinggalkan.

Baru-baru ni ketika aku ke rumah sewa lama, ada beberapa surat yang ditujukan padaku. Aku tertarik dengan 2 keping surat yang entah dari siapa. Surat-surat ini telah membuatkan jantungku berdegup kencang sekencang-kencangnya. Surat pertama menyatakan aku bakal memenangi RM250000 jika aku terima surat seterusnya. Dan aku juga menerima surat seterusnya....

Buktinya.....


Surat tu dari Readers Digest. Ada sesiapa pernah dapat surat macam ni? Macam pelik je. Aku ada google laman web Readers Digest ni tapi aku tengok sekali imbas je. Aku memang rajin masuk peraduan dalam majalah tapi tak pernah pulak dengar Readers Digest. Surat yang ditujukan pada aku tu tak pula berbintikan bapa aku tapi nama dan alamatnya memang betul. Dari mana pengirim ni dapatkan nama dan alamat aku? Ada orang jual nama dan alamat aku ke? Pengirim ni pula beralamat peti surat pejabat pos Kuala Lumpur.

Seperti yang tercatat di surat tu...

UNDANGAN RASMI YANG DITUJUKAN KEPADA PENDUDUK TERPILIH YANG MENETAP DI MALAYSIA.
Bergembiralah, anda telah diberi peluang untuk memenangi Hadiah Utama bernilai RM250,000 apabila menerima surat berikutnya dalam beberapa hari. Jika anda diadili sebagai pemenang, anda akan menerima arahan kewangan bagaimana untuk menuntut cek anda.

Bla..bla..bla...

Banyak lagi helaian-helaiannya yang aku malas nak baca. Rupa macam surat perjanjian pun ada, salinan cek pun ada dan nombor beserta kunci pun ada. Entah betul entahkan tidak. Kalau betul pun, aku tak nak la terima duit yang bakal datang melayang mahupun bergolek, entah dari mana tanpa sedikit pun usaha.

Aku mengambil keputusan untuk mengabaikan sahaja surat tersebut. Tapi satu persoalan sentiasa berlegar-legar dalam fikiranku. Dari mana diambilnya nama dan alamat aku sedangkan aku tinggal di alamat itu hanya dalam tempoh setahun sahaja.

Dulu aku pernah juga terima beberapa surat layang tanpa nombor rumah. Aku agak mereka ni ambil nama dan alamat rumah dari majalah yang menyiarkan karya aku suatu ketika dulu. Tapi, kali ini mungkinkah nama dan alamat tersebut di ambil dari laman sosial Facebook?

Jadi, kita perlu berhati-hati dalam mengisi maklumat peribadi di laman sosial. Seelok-eloknye janganlah nyatakan maklumat-maklumat penting.

35 ulasan:

  1. biar betul kak? cube akak try tanye2 kan sket kat oang yg bekenaan..tapi kalu betul ape salah nye..rezeki kan..Allah yang kasi..

    BalasPadam
  2. Dulu wa pun pernah terima tawaran cam ni. Dorang amek alamat kat realreward. Kad yang kumpul mata ganjaran tu.

    BalasPadam
  3. Lupa lak nak pesan kat ko. abaikan jer. dorang tu nk suruh ko langgan majalah dorang selama setahun. tu antara syarat2 nyer kalu ko nak menang hadiah tu.

    BalasPadam
  4. Sehingga begitu sekali mereka menipu..? I mean sanggup hantar segala macam surat, hehe..

    Kadang-kadang, maklumat diri kita tersimpan rapi dalam sesebuah website, but website tu akan benarkan 3rd party involve sama. Win-win situation for them, I guess. Huh.

    BalasPadam
  5. saya pun dpt surat yang sama gak.dia send guna nick name saya.pelik betol la..mana diorang dpt eh?saya add readers digest malaysia fb.ramai rupanya yg dpt surat tu..ni linknya http://www.facebook.com/ReadersDigestAsia?ref=ts

    BalasPadam
  6. @Jalak lenteng
    Selalunya tak mudah nak dapatkan duit byk tu. Ni mesti ada udang di sebalik spageti ni....

    @alinac lover
    Ya ka? Abis tu, buat apa dgn surat tu?

    @wachak
    Ya ka? Tapi aku tak ada kad realreward. Kad bonus link ada la...Ooooo gtu....langgan berbayar ke langgan free? aku dah abaikan pun...Terima kasih gtau...

    @Siti Zafira
    A'a...org sanggup lakukan apa sahaja demi dapatkan keuntungan.

    @Jasfyra
    Oooo...mungkin dari situ la kot dia dapatkan alamatnya...

    BalasPadam
  7. benda nie memang dah lama berlaku dah pun .. dah bertahun-tahun .

    Lebih kurang satu cara promosi majalah diorang .. macam cabutan bertuah lah .

    BalasPadam
  8. @touya
    Ya ka? Sebelum ni hanya kenal surat layang je....Tak pernah lagi dapat macam tu.....Terima kasih atas info tu....

    BalasPadam
  9. ksue pun dapat hadiah cam ni 2 3 tahun lepas....mula2 excited pas tu tak larat nak baca surat, kunci kereta pun buang mcm tu je

    BalasPadam
  10. sekarang ni memang bahaya...
    kadang2 ada pihak yang suka jual maklumat diri kita..
    contoh paling mudah no fon...

    Celcom Broadband FREE Upgrade

    BalasPadam
  11. aku baru jek dpt kunci tu 2hr lepas..

    kaya la tukang kunci kui!kui!kui!

    BalasPadam
  12. @x-po
    Kaya la kalau itu mmg hak kita hahahaha.....

    @black_mel
    Apa yg rugi? aku tak keluarkan 1 sen pun...hehe...

    @suzzsuzie
    Ramai yg dapat nampaknya....

    @MyToha
    Ya la....selalu jgk dapat mesej dr nombor yang tak kenal. Kebanyakkannya untuk download gambar lucah....

    @kakngah
    betul..betul..betul..kaya sungguh tukang kunci. Kalau 1 kunci RM2....boleh la rezeki dia...

    BalasPadam
  13. kalu betul kaya la..hehe..
    rasanye pernah baca kat blog yang lain..diorang pun ade dapat..

    BalasPadam
  14. aku ada dpat surat ni mggu lepas..kakak aku pn dpat gk..pelik..aku rasa ni mcm tpu jer..huhu

    BalasPadam
  15. hi2~~

    nak menyampuk lah
    ayah sy penah dapat dari readers digest camtu gak
    adelah dalam 3 4 tahu lepas
    semua tu tipu je
    jangan pecaya la
    siapa nak bagi duit sebanyak tu semudah ABC kan?kan?..hee

    tQ sebab singgah blog..mai la lagi senang2 kang~~

    BalasPadam
  16. Pernah juga buat macam ni dulu.. penat.. hampir setahun buat itu ini, beli itu dan ini.. akhirnya x menang 10 sen pun :D

    BalasPadam
  17. @Tomato Gurl's Life
    Huhu....kaya oooo...sapa nk bg byk tu.

    @cuz
    memang menipu pun....

    @IzzaH si pari pari
    Betul tu...apa2, kita kena usaha.

    @kulanz
    Oooo, ya ka? mangsa tipu la ni...

    BalasPadam
  18. penah dpt..sbb ayah memang pembaca setia RD..mula2 dpt tu eksaited la kan..lama2 jadi fedup sbb hampir stp hari ada je suratnya smpi..tapi habuk pun tarak...so, abaikan je..

    BalasPadam
  19. @Rama2Ungu
    Oooo gtu...hahaha....betul la, baik abaikan je.

    BalasPadam
  20. benda tu mmg betul dpt, tapi nk dpt tu terlalu susah sbb ramai yg involve, lbh baik elakkan dan abaikan jer..

    BalasPadam
  21. @sweetsal
    Ooooo, bergantung pada nasib juga la ni....

    BalasPadam
  22. tipu je nie....RM 1000 duit Cik su melayang sebab bende ni...pastu duit mak Cik Su plak 700...SEbab mak cik su yang tak nak dgr ckap g order barang reader digest tu sampai tak terbayar atas Cik su..jadi nak tak nak kena gak bayar...tp sampai sekarang tak de pape..hampeh....1000 tu kalu guna bayar ptptn dah ringan sikit beban nie.

    BalasPadam
  23. @Cik Su
    A'a la....kesian cik su.bukan senang kn nk dapatkan 1 ribu.

    BalasPadam
  24. saya pun dah terkena... ;( menyampah,,, klau btol2 kn best ;D !! menang dlm mimpi pun jadi laaa... =)

    BalasPadam
  25. saya pn bru je dpat surat psl ni...tpi dh tau smuanya rse hampeh...huhuhu.....tpi alhamdulillah, sya tau awal psal ni sbelum sya trtipu dek READER'S DIGEST..!!!!

    BalasPadam
  26. @Tanpa Nama
    Bagus la kalau tau sebelum terkena lagi..

    BalasPadam
  27. Salam..
    Baru dpt surat RD ni pg smlm, excited la jgk kn. x pnh lggn pape tetibe nk bg hadiah, byk plk 2. pelik la jgk, 2 yg sibuk "mengoogle" pg2 ni. nak cari fakta..
    Tq ok, lps bace komen2 kt ats ni, nmpk mcm bakal2 kene tipu je..huhu..~"BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, YE X..??"

    BalasPadam
  28. @iezamie
    W'salam..
    Betul tu. Apa2pun kena berhati-hati sekarang ni. Macam2 boleh berlaku.

    BalasPadam
  29. huhuhu....Baru dpt surat RD ni petang smlm, excited la jgk kn.
    x pnh lggn pape tetibe nk bg hadiah, byk plk 2.RM500K pelik la jgk, 2 yg sibuk "mengoogle" pg2 ni. nak cari fakta..
    Tq ok, lps bace komen2 kt ats ni, nmpk mcm bakal2 kene tipu je..huhu..~"BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, YE X..??"

    BalasPadam
  30. aku dpt smlm surat 2...121212 tarikh yg cantik, aku pun pk tuah aku la but bile aku dh baca cari kt google ni aku nekad nak buang surat 2 blek nnt....ishh...naseb bek aku x tejebak lagi

    BalasPadam
  31. aku dpt smlm surat 2...121212 tarikh yg cantik, aku pun pk tuah aku la but bile aku dh baca cari kt google ni aku nekad nak buang surat 2 blek nnt....ishh...naseb bek aku x tejebak lagi

    BalasPadam
  32. adoi..sy pn baru dpt..mslhnye sy tkde kt umh..mak sy yg bkk surat tu...n terkejut + happy.. tp sy ckp la semua ni tipu je... memg selalu sgt dgr psl benda ni..tupp2.. nti kite terlanggan dorg n tk dpt ape2 pn..cume dpt buke reader digest yg pasti korg tkkn baca.

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini