Sabtu, Ogos 14, 2010

3 Langkah Mengelakkan Keracunan Makanan.

Salam 4 Ramadhan.


Makanan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, benda hidup memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Namun begitu, tidak semua benda boleh dimakan begitu sahaja. Makanan yang hendak dimakan itu haruslah bersih dan selamat untuk dimakan. Sila percayakan deria anda kerana deria merupakan suatu anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Deria tidak ada dijual di Supermarket atau di Pasar Malam. Oleh itu hargailah deria yang kita ada.

Untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan yang ingin dimakan, terdapat 3 langkah mudah iaitu:

1. Lihat.
Kita boleh menilai makanan tersebut dengan melihat rupa (berlendir), berubah warna atau lain dari biasa, melihat tarikh luput dan bentuk seperti makanan dalam tin.

2. Bau.
Kita juga boleh bau makanan tersebut. Jika baunya tidak enak dan kurang menyenangkan, itu menandakan makanan tersebut sudah basi.

3. Rasa
Jika cara di atas masih tidak membantu, kita boleh merasainya. Tetapi bukan di bulan puasa. Makanan yang tidak selamat di makan mempunyai rasa yang pelik dan basi.

Semoga cara di atas berkesan untuk diamalkan. Di samping itu, pilihlah makanan yang masih panas dan segar, yang tidak terdedah (kepada lalat atau serangga), tidak berbau masam atau busuk, tidak berlendir, tidak berubah warna, dibungkus dengan bahan yang bersih dan makanan yang diambil menggunakan peralatan (tidak dengan jari). Moga info ini dapat dikongsikan bersama, InsyaAllah.

16 ulasan:

  1. Biasanyer wa guna deria lihat dan
    bau jer untuk memastikan makanan tu
    dah sampei due date nyer. Bagi wa
    lah kan kalu kita guna deria rasa
    pada makanan yg dah due date ni
    boleh mendatangkan masalah lain.

    BalasPadam
  2. yes...setuju...thnx for the information...

    BalasPadam
  3. Masa ramaan ni la kadang2 ramai yang kene serang sakit perut disebabkan makanan yang kurang dijaga kebersihanya. Mudah2an kita sama-sama dapt hindarkan masalah ini kan kak =)

    BalasPadam
  4. salam...
    petua nak beli
    kat bazar ni erkk?
    takkan masak sendiri
    sampai berlendir lak?
    he he..

    BalasPadam
  5. hai kak.. :) emm mekasih ya komen lagi pasal belog saya uh..hehe..walaupun sy x habis2 mgada-ngada fikir pasal kecantikan belog je.. :"(
    kak, sy kalau keracunan sy makan betik atau buah2 yg banyak air, mcm tomato ke,tembikai susu ke..lepas uh dia bersihkan usus2 kita kan..

    kalau sblum makan uh mmg sy akan bau tg check semua, penah skali sy beli kaya jenama adabi, pastu dalam uh ada semut, banyak lak uh, trus sy pulangkan balik..iyekk..pape pun thanks sbb bagi tips.. :)you are my idol..

    BalasPadam
  6. kena ikut step by step 1, 2 dan last rasa.. amalan yg bagus tak ler kita sakit perut nanti..

    BalasPadam
  7. @wachak
    Deria rasa tu boleh guna kalau deria lihat dan bau tak berfungsi...hehe...

    @black_mel.
    Ok. sama2.

    @boy_bersahaje
    Ya, betul...InsyaAllah..

    @zulkbo
    Boleh la digunapakai utk bulan ramadhan tp boleh jgk guna utk selepas Ramadhan bg org yg sentiasa beli kat luar....

    @Kimie Hashim
    Semua org nk yg terbaik utk blog sendiri.
    Terima kasih berkongsi sedikit info ttg keracunan.
    Wahhh...ni pengguna yg baik ni. Bagus2. Sekurang2nya dapat tegakkan hak pengguna.
    Terima kasih...hehe...

    @♥cutebabygirl♥
    Thanks....

    @LiFe KaMi
    A'a...jgn tgk sedap, menarik dan tertarik terus beli....kena sentiasa ingat step di atas, jgn terlupa disebabkan perut lapar...hehe...

    @My MiRa
    Welcome.

    BalasPadam
  8. berhati2 bila membeli juadah berbuka.. kadang2 ada yg basi :(

    BalasPadam
  9. tips yg berguna... thanks teratak usang

    BalasPadam
  10. hai kak..hehe.. :) sy saja je taip pasal tah pape tah kat blog uh, hehe..ouh yg list blog uh mmg saja je wat camtu kak, supaya memanjangkan blog..hehe..

    BalasPadam
  11. Thanks for sharing..info yang sangat berguna..terus memberi yang terbaik ya..hehhee

    BalasPadam
  12. @Syafrizal
    Betul...kadang tu kita main ambik je kalau nampak sedap dan menarik tapi hakikatnya dah basi.

    @Wish...
    Terima kasih krn sudi kunjungi Teratak Usang.

    @Kimie Hashim
    Ok je. Semuanya terletak pada pandangan pemilik blog sendiri.

    @FloEllen
    Sama2 kita berkongsi info..

    BalasPadam
  13. hehe... biasa aku cuma memilih untuk makan yang segar je.. lagi selamat... hehe

    BalasPadam
  14. @mrnamie
    Bagus jgk...tak payah nak fikir kan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini