Jumaat, Julai 30, 2010

Kehabisan Makanan.

Salam....

Pagi ni tak sempat nak buat blogwalking sebab arnab-arnabku perlukan makanan segera seperti burger McD, KFC dan Pizza. Sudah dua hari mencari bekalan makanan (pellet) tapi kehabisan stok. Mahal sangat ke sampaikan tiada langsung pallet yang dijual? Adakah pellet juga naik harga seperti barang-barang kawalan lain?

Dulu ada peniaga (sekarang pun ada) yang menaikkan harga barangan lain disebabkan minyak naik harga. Ada kaitan ke? Nak tau apa peniaga tu jawab? Mesti la ada kaitan sangat-sangat.

"Semua balang-balang mukan wa pi ambik jalan kaki looo....itu balang datang dengan loli looo....minyak mau masuk, balu boleh jalan itu loli".

Jadi, usah terkejut jika minyak naik harga, barang lain pun secara tak langsung dinaikkan harga juga. Contohnya gula naik harga. Air pun mesti la naik harga juga. Teringat saudara-maraku di kampung yang hanya bekerja kampung, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, malam diet. Nak menanggung anak-anak yang ramai lagi.

Eh, melalut la pulak. Ni cerita pasal arnab tapi telah melencong ke laut pula. Ok, kembali ke arnab tadi. Oleh kerana makanannya dah tak dijual, aku pun pergi cari (beli) makanan asasi untuk arnab-arnab ni.


Berebut-rebut arnab ni makan kangkung dan lobak merah. Lobak merah yang paling mahal dan yang terbaik pula tu. Masa aku nak beli lobat tu, aku bukan teringatkan arnab tapi aku terbayangkan sup ayam rampai dengan lobat merah. Itu sebabnya aku ambil lobat merah yang terbaik dan berkualiti. Moga-moga arnab-arnab ku ini tak sakit perut dengan makanan barunya tu.


Selamat Menjamu Selera.....

16 ulasan:

  1. Ranjin nyer ko nambah kejer. yg tak tahan bau kencing rabbit ni. pherghhh ... boleh patah idung dibuatnyer

    BalasPadam
  2. salam..
    alahai stok buat berbuka
    puasa nanti ke arnab2 tu?
    masak lomak pun sodap..he he

    BalasPadam
  3. waaa..comey gile arnab..tp saya takot nk pegang..takot terpegang kuat sgt..hehe

    BalasPadam
  4. @wachak
    Itu la...anak kecil aku yg nak sgt tp takut nk pegang. akhirnya aku yg kena jaga sorang2.

    @zulkbo
    W'salam...
    Ish..ish..ish..tak sanggup rasanya nak menjamah daging rabbit tu...Kesian dia. Tp sedap jgk kan kalau buat satay tu....

    @Kimie Hashim
    A'a cute kalau dijaga elok.

    @att
    Ya ka? ingatkan takut dia gigit. yg putih tu sgt garang...

    @aku_gayahspears
    hehe....selamat datang ke teratak usang.

    BalasPadam
  5. haha kat Kedai Touya ada banyak ...meh laaa beli

    BalasPadam
  6. @touya
    Buka kedai haiwan ke? kat mana? kalau dekat blh la kita berurusan...hehe...

    BalasPadam
  7. hehe..takpe ajar arnab2 tu puase.ramadhan dah dekat..ngeee=p

    BalasPadam
  8. @Arra JaSmY
    ahaks....cadangan yg baik tu...silap2 blh sembelih buat satay...

    BalasPadam
  9. kami pun ingat nak bela arnab anggora tu ler..beli kat maner..

    BalasPadam
  10. comel..nak seekor boleh? hehe..

    BalasPadam
  11. @LiFe KaMi
    Kenai ke dgn anggora tu? yg merah tu je lionhead. Beli pakej tu RM150 di Teluk Intan.

    @faiz
    Boleh...boleh...tp dgn 1 syarat, tukar dengan seekor kucing Parsi yg comel...nak?

    BalasPadam
  12. Memang comel-comel arnab ni..
    dapat makan lobak yang bekualiti pula tu.. tapi risau juga, nanti arnab tu dah gemuk, ada pula yang jadi mangsa buat sate, hehe

    BalasPadam
  13. @kulanz
    ahaks...tak de la sampai macam tu. kesian arnab tu. Beli mahal2 tak kan la nk di buat sate....tak sanggup rasanya nak makan...

    @touya
    hoho....jauh jgk la. Ambik masa lebih kurang 2 jam dr T.Intan utk sampai sana, minyak kereta lagi....huhu....jauh2. Kalau pi Taiping nanti blh la pi melawat kedai touya...

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini