Sabtu, Mei 29, 2010

Uji IQ

Salam.....


Hari ini sedang aku terkenang-kenangkan zaman persekolahan, teringat aku akan uji IQ ni. Sebenarnya cikgu aku yang bagi pada kami, kalau tak silap aku dua minggu sebelum exam. Bagus juga untuk mencuci otak-otak yang hampir berkarat. InsyaAllah, dari pengalaman aku sendiri, siapa yang cuba untuk menyelesaikan masalah ini, aku yakin subjek apa yang di baca mudah untuk melekat di otak. Belum cuba belum tahu. Jangan marah jika soalan ini menjadikan anda lebih stress.

Soalannya berbunyi begini:
Dimanakah menghilangnya wang RM1???

Ceritanya.....
Ada 3 orang pelajar ingin menyewa sebuah rumah dan meminta tolong pada seorang guru. Guru ini menjadi perantara atau orang tengah antara pelajar dan penyewa rumah. Rumah yang bakal di sewa berharga RM30 untuk sebulan. Maka setiap dari mereka perlu mengeluarkan sebanyak RM10 seorang dan memberikan pada guru tersebut untuk diserahkan pada tuan rumah.

Setelah duit RM30 diberikan pada tuan rumah, RM5 dikembalikan pada guru tersebut. Maka guru tersebut menyimpan sebanyak RM2 dan memulangkan duit sebanyak RM3 pada mereka. Mereka pula mengambil RM1 setiap orang. Ini bermakna setiap dari mereka hanya mengeluarkan wang sebanyak RM9 setiap orang dan ditambah dengan wang yang disimpan oleh guru tersebut sebanyak RM2 menjadikannya sebanyak RM29.

Mengapakah hanya RM29? Dimanakah menghilangnya RM1 lagi???

Jika anda bijak, cuba selesaikan dan terangkan sebab-musababnya......

28 ulasan:

  1. siyes x paham....

    hahaha

    bercampur... xleh cerai2 kan ke?

    hehhee

    BalasPadam
  2. aku pernah dgr soklan ni
    smpai skrg xdpt jwb
    haih~

    BalasPadam
  3. duit rm5 lame.. dh lame cari..teringat 1000 kenangan..

    BalasPadam
  4. senang je niehh...

    teka teki ni ayat dia aje yg berpusing2..ceh..konfiden jek kan..

    bila cikgu A mengambil RM2 dari baki duit rumah tu, tinggal RM3 kan?

    lepas tu RM3 tu dibahagi 3 antara Cikgu A, B dan C.

    so cikgu B dan C dapat RM1 manakala Cikgu A dapat RM3.

    RM3+RM1+RM1+RM25: RM30

    RM1 tu x hilang mana2 pon..hilang dalam ayat jer...hehehe

    panjangnye jawapannnn

    BalasPadam
  5. Aa.. aku xtaw nk jawab teka teki tu.. tapi nk cakap yg aku dulu ada kumpul duit2 lama ni. then hilang. hampeh tul. ntah sapa la g curi pn xtaw. sob3.

    BalasPadam
  6. rm1 2 xhialng kemane2 pon hehe..
    so d reason nye..aku pon xtahu la tapi aku wat kire2 rm1 tu xhilang haha

    BalasPadam
  7. 1ringgit lagi tuan umah ambik balik..haha...murah rumah sewa dia..dia sewa umah kat mana?hehe...

    BalasPadam
  8. @rammyd

    Alahai....kesiannya....
    xpe..xpe...

    BalasPadam
  9. @Kie-yu

    Kena faham betul-betul baru dapat jawab

    BalasPadam
  10. @darkbatman

    Oooo, ada kenangan di sebalik RM5 ye? Nak ke? Ambik laa...

    BalasPadam
  11. @fizranier

    Memang senang dan ayat dia memang saja memeningkan. Terima kasih kerana cuba menjawab tapi penerangan anda salah.

    Duit dibahagikan antara Cikgu (RM2) dan 3 orang pelajar (RM1 setiap orang).

    Cuba lagi....

    BalasPadam
  12. @Mr Daha

    Salah letak kot....x pun cik Ti simpan

    BalasPadam
  13. @Emora Valeria

    Ya..ya..fikir..fikir...belum ada yang dapat menjawab.

    BalasPadam
  14. @-telordibasuh-

    Betul ke tak hilang? tapi kenapa RM27 (duit pelajar) + RM2 (yang ada pada cikgu) = RM29 (sahaja?)

    Fikir2kan....

    BalasPadam
  15. @black_mel

    Aku bagi angka yang senang pun belum ada yang dapat jawab, ni kan pula nak letak harga sewa mahal2, lagi la memeningkan.

    Duit yang ada pada tuan umah tetap RM25, tak lebih dan tak kurang.

    BalasPadam
  16. @koru

    Jangan la give up sebelum mencuba.... Mudah je ni.... Kacang je...cuba fahamkan betul2.

    BalasPadam
  17. (rm9+rm1)x3=rm27...rm27+rm2=rm29..
    rm30 -rm29=rm1..

    kalau cikgu tu bahagi rm1 kepada 4
    sorang dapat lagi +rm0.25

    jadi rm1 tu tak hilang..tapi kena bahagi??betul kahh??

    BalasPadam
  18. @koru

    Masih tidak betul.....cuba lagi. Sebenarnya awak kena fikir sikit je lagi, jangan bulat2 ambil ayat yg saya nyatakan....

    BalasPadam
  19. mula2 pelajar ade rm30.
    rm5 diberikan pd cikgu.

    jd, rm30-rm5=rm25

    rm2--> cikgu ambik.

    rm5-rm2=rm3

    rm3+rm25=rm28
    rm28 bahagikan pada 3org pelajar xd akn dapat rm9 setiap seorang dan ade bakinya.

    rm9 darab ngan 3org pelajar tuh dapat rm27.

    so, rm28-rm27=rm1.

    baki xd ialah rm1. kt situlah hilangnye rm1 nih. hehehe

    men hentam jep. =)

    BalasPadam
  20. @♥ana centap♥

    Thanks kerana berani mencuba. Penerangan yang bagus. Jalan kira pun okey. Panjang dan lebar. Nantikan jawapan di n3 akan datang

    BalasPadam
  21. rm30-rm5=rm25
    rm25/3org=rm8 baki rm1...

    BalasPadam
  22. RM30-RM5 = RM25

    RM2=cikgu ambil

    RM3=setiap pelajar dapat RM1

    so,25+3=28 dibahagi 3 = RM9.33 = seorang,bukan RM 9

    maka 9.33 x 3 = RM27.99

    RM27.99 + RM2(cikgu ambil)= RM29.99(mana 1 sen lagi???).

    BalasPadam
  23. tuan rumah $25
    cikgu $2
    pelajar A $1
    pelajar B $1
    pelajar C $1
    TOTAL $30

    BalasPadam

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini