Aku Menang Contest Lagenda Mahsuri?

on Sabtu, Disember 25, 2010

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Hari ini ada berita gembira nak aku kongsikan dengan semua pembaca. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya hari ini Lagenda Mahsuri.com a.k.a Mak telah mengumumkan keputusan Contest Terjah dan Geledah Di Tahun Baru Maal Hijrah yang lalu. Untuk keputusan penuh, sila klik DI SINI.

Kembang kempis, kembang kempis hidungku...
Tak sangka pula aku merupakan pemenang utama contest tersebut. Terima kasih Mak. Dalam contest tersebut, aku hanya membuat sedikit analisis yang aku tahu tentang SEO blog Lagenda Mahsuri.com. Kalau nak tengok dan baca semula analisis dan rumusan tersebut, silalah klik ENTRY yang telah aku sediakan.

Kalau malas nak klik, tengok je kat bawah ni...




Sebelum Iza meneruskan dengan analisis yang dibuat, Iza minta maaf jika ada salah dan silap dalam membuat analisis tersebut. Pada sesiapa yang lebih arif dalam SEO ini, diharap dapat sama-sama membantu dengan meninggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Blog Lagenda Mahsuri milik mak berada di nombor 7 dalam page pertama (11.15 pagi, 9 Disember 2010). Syabas mak kerana berjaya berada di page pertama. Oleh kerana mak benarkan untuk menggeledah blog mak, akan ku cuba sedaya upaya melihat SEO blog mak walaupun aku masih belajar selok belok serba sedikit tentang SEO. Sememangnya aku bukanlah pakar dalam bidang tersebut, jauh sekali untuk membuat rumusan terperinci.

Klik untuk tumbesaran.


Dengan keizinan, blog mak bertepatan dengan SEO iaitu, masih ringan kerana sizenya dibawah 100KB, dan mudah untuk loading. Jika KBnya dikurangkan lagi, lagi bertambah baik kerana kebanyakkan visitor adalah pengguna broadband.

Klik untuk tumbesaran
Jika dilihat dari alexa dan Page Rank, blog mak masih 0/10. Bersabar ye mak, InsyaAllah, tak lama lagi naik la PR tu. Usaha dan tawakal tangga kejayaan. Alexa traffic Rank blog mak adalah sebanyak 212,671. Jumlah ini akan turun sekiranya trafik blog mak semakin bertambah dari hari ke hari.

Klik untuk tumbesaran

Analisis dari SEO Centro Meta Analyzer menunjukkan blog mak dalam Markup Validation Service mempunyai 8 kesalahan dan 5 amaran. Tetapi mak jangan risau kerana kadang-kala kesalahan atau amaran tersebut hanyalah masalah yang kecil. Iza sendiri tidak dapat mengatasi masalah tersebut sepenuhnya. Dengan menggunakan backlink checker, blog mak mempunyai sebanyak 1732 total backlink. Banyak tu, tahniah kerana aktif meninggalkan komen. Salah satu cara untuk meningkatkan PR juga adalah meninggalkan komen di blog yang PRnya mantap.

Usaha menelanjangkan blog Mak.

Dalam pemerhatian Iza, blog mak sudah cantik dan menarik ditambah dengan bahasa yang mesra, background yang memikat dan menambat hatiku selamanya, cuma...(ada cuma pula), bentuk penulisan mak, maksud Iza ejaannya. Gaya penulisan dah ok tetapi ejaan seelok-eloknya ditulis penuh. Contohnya "hidup" ditulis "idup". Jika mak berhasrat untuk spider google merayap ke blog mak lebih meluas, janganlah gunakan bahasa singkatan atau bahasa sms. Sayang sekiranya blog mak sudah terindeks tetapi spider google tak dapat nak crawl dan mengesan keyword yang dicari. Itulah serba sedikit rumusan yang dapat Iza simpulkan mengenai SEO dalam blog Mak.

Tiga entry yang paling Iza suka dalam Lagenda Mahsuri.com adalah:
1. Siapa Nak 2 Tiket Percuma Ke Petrosains?
2. Keluaran Terbaru Proton: Tuah, Jebat, Lekir Dan Lekiu, Mana Pilihan Hati? Alih-alih Exora Dan Inspira Ajelah..
3. Projek Balas Dendam!



Kalah dah menang adalah adat pertandingan, jadi jangan putus asa untuk menyertai mana-mana contest yang dianjurkan. Bukan kemenangan yang kita harapkan semata-mata tetapi memeriahkan suasana di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara blogger.
Ranking: 5

10 comments

25 Disember 2010 5:46 PTG

salam iza.
Taniah !! dah menang. bila nk open table .. keh33

25 Disember 2010 6:37 PTG

salam..
tahniah..
ermmm..kembang juga bulu tengkuk ku
dan lubang telinga ku..(jeles)
Mak Lagenda memang pemurah

25 Disember 2010 6:38 PTG

...he he..
jangan maree aaa..
anda memang best!

25 Disember 2010 8:30 PTG

@wachak
W'salam...
Terima kasih....
hikhikhik....aku tunggu ko dulu open table....

@zulkbo
W'salam..
Terima kasih..
Kembang lubang telinga sebab dah lama tak menimba bijih kot???
Ya, mak mmg pemurah..
Thanks....En. Zul pun apa kurangnya...

25 Disember 2010 10:59 PTG

tahniah memang seronok kan

25 Disember 2010 11:15 PTG

tahniah tahniah menang.. nanti nak wat entry juga sbb menang saguhati je..

25 Disember 2010 11:25 PTG

Congrats. Masuk contest ini ada kesannya seperti trafik

26 Disember 2010 12:10 PG

wah tahniah iza menang contest ni..bru ni assoy ade tag mijie utk join contest ni tp x smpt nk buat. next time r mijie join..;)

26 Disember 2010 3:47 PG

rezeki tuh.. tahniah kak!!

26 Disember 2010 3:48 PTG

@Sharinginfoz
Terima kasih...
sapa yang tak seronok kalau menang...

@nur
Terima kasih...
Tahniah jgk pada nur. Tak pa, walaupun saguhati, tetap dapat hadiah kan...

@akubiomed
Thanks...
Ya, betul tu...

@Mijie
Terima kasih Mijie. Tak pe, next time ada lg contest lain plak...

@Zikri Husaini
Ya, terima kasih.
Memang rezeki kan....

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved